JOHOR BAHRU – UDA Holdings Berhad Berhad. (UDA) menyasarkan nilaian jualan sebanyak RM10 juta menerusi pelaksanaan program usahawan USHAniaga yang dianjurkan sempena Karnival UDA 2023, tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd. Salem Kailany berkata, jumlah itu melalui penglibatan seramai 500 usahawan yang akan terlibat di semua empat lokasi program Karnival UDA 2023.
Menurut beliau, empat lokasi tersebut adalah Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Ipoh.
“Kita memberi ruang kepada usahawan dan rakan kolaborasi memasarkan produk serta perkhidmatan mereka secara lebih meluas. Ia juga platform bagi menjejaki, mendekati, membimbing serta mentransformasi usahawan berpotensi dan berdaya saing untuk lebih maju dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

“Tahun lalu, UDA telah membantu seramai 656 usahawan menerusi penganjuran program sama dengan jumlah nilai jualan yang berjaya dijana sebanyak RM11.72 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
