Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Program Ziarah Ramadan santuni penghuni Rumah Kita

today15 March 2026

Background


PETALING JAYA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama  Datin Paduka Seri Afzaa Fadini telah berkenan mencemar duli menyantuni penghuni wanita dan kanak-kanak di Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Rumah Kita, (Rumah Kita) di Pandan Jaya bersempena Program Ziarah Ramadan 2026.

Program kebajikan tahunan ini dianjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor bertujuan untuk memperkukuhkan semangat keprihatinan sosial dan menggalakkan penglibatan sektor korporat dalam membantu komuniti yang memerlukan.

Menurut kenyataan, dalam program tersebut, Tengku Amir meluangkan masa bersama penghuni Rumah Kita dan para sukarelawan serta rakan korporat yang menyumbang kepada usaha kebajikan ini.

Baginda turut meninjau kemudahan kediaman serta menyampaikan sumbangan kepada penghuni dan bayi yang berada di bawah jagaan organisasi tersebut.

“Program ini juga menjadi platform untuk menghargai sumbangan pelbagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post