Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Jika pada bulan lalu projek M Vertica, Cheras yang turut disebutkan sebagai ‘Mini Hong Kong’ ini dilelong pada harga RM470,000, nampaknya projek yang belum siap ini sekali lagi bakal dilelong dengan harga yang lebih rendah.
Artikel Berkaitan:
Berdasarkan harga terbaru yang dikongsikan laman Facebook Selangor Auction Property, projek yang bakal siap pada tahun 2023 ini sekali lagi bakal dilelong dengan harga serendah RM423,000 sahaja iaitu RM47,000 lebih rendah.
Secara keseluruhan, projek ini merangkumi 3,684 unit di mana Menara A mempunyai 808 unit, Menara B mempunyai 685 unit, Menara C mempunyai 752 unit, Menara D dilengkapi dengan 793 unit dan Menara E sebanyak 646 unit. Pembinaan pula adalah 850 kaki persegi untuk susun atur tiga bilik tidur dan 1,000 kaki persegi untuk reka bentuk empat bilik tidur.

Setakat ini, hanya Menara B sahaja yang sudah siap dibina manakala menara lain masih lagi dalam proses.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
