
JOHOR BAHRU – Pembangunan projek Coronation Square bakal menjadi pemangkin utama kepada transformasi struktur ekonomi Johor dengan menjana pendapatan bernilai lebih RM9 bilion.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembangunan ikonik itu bukan sahaja bakal mengubah landskap bandar raya Johor Bahru, malah dijangka menawarkan sehingga 60,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pelaksanaannya.
“Projek Coronation Square memainkan tiga peranan penting iaitu merancakkan semula pusat bandar raya, memperkukuh ketersambungan awam merentas sempadan serta memberi impak ekonomi inklusif kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Coronation Square di sini hari ini.
Turut hadir ialah Konsul Jeneral Singapura di Johor, Ng Kuan Khai dan Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.
Menurut Onn Hafiz, kedudukan Coronation Square yang strategik berhampiran kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
