CYBERJAYA – Projek Hutan LVNS yang dibangunkan oleh Kumpulan Leave a Nest dan dijayakan bersama Cyberview Sdn. Bhd. dengan dua lagi syarikat pemula bakal menggalakkan usaha penghutanan semula di negara ini sebagai membantu penjagaan alam sekitar untuk manfaat generasi masa depan.
Dua syarikat pemula yang terlibat dalam projek tersebut adalah Alphaswift, pengeluar dron terkemuka di negara dan juga ACET Innovate Sdn. Bhd. sebuah syarikat firma bioteknologi yang menghasilkan enzim serta baja bio.
Pengarah Leave a Nest Malaysia, Dr. Yuko Ueno berkata, untuk fasa awal, projek kerjasama itu akan difokuskan kepada kawasan hutan yang perlu ditanam semula di Sabah dan Sarawak.
Kajian berterusan dilaksanakan bagi projek berkenaan selain pihaknya memerlukan lebih banyak penglibatan daripada syarikat pemula dan korporat, institusi pendidikan serta agensi kerajaan untuk menyokong projek berkenaan.
“Perancangan Projek Hutan LVNS adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk memelihara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: