Site icon Kool FM

Projek Nexus tingkat kecekapan pembayaran rentas sempadan


PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet)  bakal bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa dalam pembuktian konsep untuk menurunkan kos dan mempercepat pembayaran rentas sempadan. 

Dikenali sebagai Projek Nexus, ia akan mengkaji kebolehlaksanaan untuk menghubungkan sistem pembayaran masa nyata di Malaysia, Singapura dan kawasan euro, membolehkan pelanggan menghantar dan menerima pembayaran rentas sempadan dengan serta-merta dan selamat.

BNM menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini berkata, terdapat kajian yang dijangka diterbitkan menjelang akhir tahun 2022 itu akan membantu membangunkan satu rangkaian sistem pembayaran masa nyata global pada masa hadapan.

“Prototaip yang akan dibangunkan di bawah pembuktian konsep ini belum boleh digunakan oleh orang ramai buat masa ini.

“Projek Nexus diketuai oleh Bank for International Settlements dan rakan kongsi antarabangsa lain ialah Banca d’Italia, Monetary Authority of…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version