Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Projek penggantian Aerotrain KLIA siap 31 Januari depan

today18 June 2024

Background


PETALING JAYA – Projek penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan siap pada 31 Januari 2025, dua bulan lebih awal berbanding tarikh siap asal pada 31 Mac 2025.

Garis masa yang dipercepatkan itu dimuktamadkan menerusi kontrak ditandatangani pada 14 Jun lalu antara Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. dan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (Alstom), syarikat usaha sama IJM Construction Sdn. Bhd. dan Pestech Technology Sdn. Bhd.

Sebagai Ketua Penyelaras Projek, Alstom akan menyelia penghantaran tiga kereta api baharu, proses naik taraf dua barisan, dan keseluruhan ujian komprehensif untuk keselamatan operasi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysia Airports Holdings Berhad, Mohamed Rastam Shahrom menzahirkan penghargaannya atas kesabaran penumpang KLIA sepanjang proses naik taraf kemudahan tersebut.

 

“Penyiapan projek yang lebih awal daripada tarikh asal adalah bukti komitmen tanpa henti kami untuk meningkatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Malaysia, China setuju laksana pelan kerjasama lima tahun

SHAH ALAM – Malaysia dan China telah bersetuju untuk melaksanakan pusingan kedua Program Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Katanya, program berkenaan dijangka ditandatangani sempena lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Qiang ke negara ini bermula 18 hingga 20 Jun 2024, sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Jelasnya, inisiatif berkenaan bakal mengeratkan […]

today18 June 2024