Site icon Kool FM

Projek RELeaf Nestle libatkan lebih 100 murid di Tawau


PETALING JAYA – Program Pendidikan RELeaf pertama anjuran Nestle Malaysia di Sekolah Kebangsaan Abaka, Tawau, Sabah telah melibatkan lebih 100 murid dan guru berganding bahu dengan sukarelawan Nestle Cheras menanam pokok dan menyertai aktiviti interaktif lain.

Projek yang mendapat kerjasama daripada Yayasan Sime Darby, SD Guthrie Berhad dan Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika, program ini melibatkan murid-murid prasekolah dan sekolah rendah menanam spesies pokok asli di kawasan sekolah, termasuk pokok Ketapang, Jambu Air, Taisai Paya, Simpur, Sentang dan Obah Jangkang.

Spesies pokok telah dipilih khas untuk meningkatkan kepelbagaian biologi dan mewujudkan keseimbangan ekologi, sambil menghijaukan kawasan sekolah.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya komited untuk membina masa depan yang lestari demi manfaat insan sejagat dan bumi kita. 

“Sebagai sebahagian daripada strategi Positif Hutan yang dizahirkan menerusi Projek…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version