PETALING JAYA – Inisiatif tenaga solar Proton Tanjung Malim, yang terdiri daripada kemudahan panel solar dwi-muka tempat letak kereta terbesar di Malaysia telah memenangi tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Baharu di bawah segmen atas grid (Grid Nasional) dalam Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023, baru-baru ini.
Sejak pelaksanaannya pada bulan Mei 2021 hingga Januari lalu, panel solar dwi-muka yang menjana tenaga daripada cahaya matahari serta pantulan cahaya matahari, bersama-sama dengan panel solar di atas bumbung kilang telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 32,406 tan.
Ia lebih tinggi daripada sasaran awalnya sebanyak 11,536 tan setahun, bersamaan dengan penanaman lebih kurang 893,000 pokok, yang seterusnya memberi manfaat besar kepada komuniti dan ekosistem di Tanjung Malim.
Sehingga kini, penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah menjana 45.78 gigawatt jam dan mengurangkan kos elektrik kemudahan sebanyak 11 peratus tahun lalu, dengan penjimatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: