SEBERANG PERAI – UDA Holdings Berhad (UDA) optimis terhadap projek Wakaf Seetee Aisah 2 di Pulau Pinang dapat disiapkan lebih awal atau selewat-lewatnya dalam tempoh 36 bulan seperti yang dirancang Kumpulan sebelum ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Salem Kailani berkata, buat masa ini, kerja-kerja projek yang bernilai RM187 juta itu telah memasuki fasa ‘substructure’ yang merangkumi pembinaan struktur bawah atau struktur asas bangunan.
“Kerja-kerja ‘superstructure’ atau memasang struktur asas lain seperti tiang dan rasuk bangunan pula dijangka dimulakan dalam masa terdekat iaitu menjelang pelancaran projek tersebut bulan depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Meriah Raya UDA di Crescent Dew Club House, Kepala Batas di sini baru-baru ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sementara itu, Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim menerangkan, projek Wakaf Seetee…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
