Site icon Kool FM

Projek57 bina prasekolah kedua di Gua Musang, Kelantan


PETALING JAYA – Projek57 yang kini telah mencapai usia sepuluh tahun selepas ditubuhkan telah berusaha  menyatukan hati seluruh rakyat  dari segenap lapisan masyarakat sambil membantu komuniti yang memerlukan, terutamanya anak-anak muda Orang Asli.

Salah satu inisiatif paling bermakna yang diusahakan oleh Projk57 adalah pembinaan prasekolah pertamanya di  di Pos Pasik, Gua Musang, Kelantan yang bermula dengan pengambilan kira-kira 15 kanak-kanak daripada komuniti Orang Asli yang terpinggir.

Sekolah tersebut terus beroperasi sehingga ke hari ini, dengan pendaftaran dijangka bertambah saban tahun dan kurikulumnya menekankan kaedah pembelajaran menerusi permainan dan interaksi sosial, dengan guru-guru komuniti mencetus minat terhadap pembelajaran bagi mempersiapkan murid-murid memasuki sekolah rendah.

Sebagai susulan kepada kejayaan ini, Projek57 kini membina prasekolah kedua di Kuala Betis, juga di Gua Musang dan proses pembinaan prasekolah itu berada di peringkat akhir dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version