Site icon Kool FM

Promosi Judi Atas Talian, Influencer Terlepas Hukuman Penjara Dan Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

‘Semoga Suatu Hari Nanti Wujud Ruang Komunikasi & Setiap Ibu Bapa Didengari Tanpa Mengira Siapa Mereka’ – Rita Rudaini


Seorang pempengaruh wanita berusia 20 tahun terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Majistret Marang hari ini memerintahkannya menjalani bon berkelakuan baik selama dua tahun kerana mempromosikan perjudian dalam talian.

Menurut laporan Buletin TV3, Majistret Nur Athirah Hashim membuat keputusan itu terhadap Nur Syakilla Natasya Sukri selepas mengambil kira laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta rayuan pihak pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan jaminan RM2,000 sepanjang tempoh bon berkenaan.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhamad Ramlan Taib dikategorikan sebagai pesalah muda kerana berusia bawah 21 tahun. Laporan sosial JKM disediakan bagi membantu mahkamah menilai latar belakang dan keadaan dirinya sebelum hukuman dijatuhkan.

Menurut laporan itu, Nur Syakilla mengalami kecederaan pada bahagian paha sehingga tidak mampu melakukan kerja berat. Dia juga dilaporkan kurang bergaul, tidak mempunyai ramai rakan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version