Penyerang Kuching City, Jordan Mintah kini sah bergelar rakyat Malaysia selepas segala proses naturalisasi sudah berjaya diselesaikan.
Perkembangan terkini yang jelas menguntungkan Kuching City dan tidak terkecuali skuad kebangsaan disahkan laman Facebook rasmi kelab Liga Super itu, sebentar tadi.
Bakal menjengah usia 28 tahun pada 2 September nanti, Mintah sudah melengkapkan syarat bermastautin di Malaysia selama lima tahun.
Beliau mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2020 apabila menyarung jersi skuad Terengganu II.
Selain itu, Jordan Mintah juga pernah menyarung jersi skuad utama Terengganu, dipinjamkan ke KL City dan kini bersama Kuching City.
“Rasmi, Jordan Mintah kini sah menjadi salah seorang daripada kita, rakyat Malaysia!”

“Proses naturalisasi beliau telah selesai dan kini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: