PETALING JAYA – Proton telah membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu syarikat iaitu X90 di kesemua pusat 3S dan 4S Proton di seluruh negara bermula Sabtu lalu.
Proton dalam satu kenyataan semalam berkata, sebanyak empat varian ditawarkan iaitu standard untuk varian asas, diikuti dengan executive, premium dan varian tertinggi, flagship.
Tiga varian awal didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, hanya varian flagship yang didatangkan dengan enam tempat duduk.
Kesemua varian menggunakan enjin 1.5 TGDi yang dipadankan dengan motor elektrik 48V serta direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, mengurangkan pelepasan karbon, meningkatkan prestasi serta memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar.
Menurut Proton, X90 didatangkan dengan tiga ciri keselamatan baharu iaitu amaran perlanggaran belakang; amaran trafik palang belakang bagi mengesan kenderaan yang menghampiri semasa mengundur dan maklumat papan tanda lalu lintas.
“Sesi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
