Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Proton Commerce agihkan 22,467 pinjaman kepada pembeli kenderaan

today31 January 2023

Background


PETALING JAYA – Cabang pinjaman kewangan Proton, Proton Commerce Sdn. Bhd. (Proton Commerce) telah mencatatkan rekod baharu bagi pengeluaran pinjaman pada tahun ini yang mana jumlah pengeluaran pinjaman meningkat sebanyak 54 peratus.

Proton Commerce yang ditubuhkan pada 27 Oktober 2003 adalah usaha sama antara Proton Edar dan CIMB bertujuan untuk menyediakan pinjaman kewangan untuk pembeli Proton.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mooi Fi Phang berkata, tahun lalu pihaknya telah  mengeluarkan sebanyak 22,467 pinjaman kepada pembeli Proton.

Angka itu dicapai selepas lapan daripada dua belas bulan mencatat lebih daripada 2,000 pinjaman dengan bulan September mencapai angka tertinggi sepanjang masa iaitu sebanyak 2,872.

“Secara keseluruhan, pertumbuhan volum adalah sebanyak 54 peratus berbanding tahun 2021. Pada masa yang sama, perkembangan jumlah pengeluaran dicerminkan dengan peningkatan dalam kadar kelulusan pinjaman di mana bulan Mei dan Jun mencapai kadar kelulusan tertinggi,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post