KUALA LUMPUR – Proton hari ini melancarkan model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, iaitu Proton e.MAS 5 pada harga dari RM56,800 bagi varian Prime, termasuk rebat pelancaran istimewa RM3,000 untuk tempoh terhad, sehingga 31 Disember 2025.
Tanpa rebat tersebut, harga atas jalan tanpa insurans EV segmen-B itu ialah RM59,800 bagi varian Prime, manakala varian Premium berharga RM72,800 di Semenanjung.
Dengan keluasan yang setanding dengan kenderaan dalam segmen-C, EV mampu milik pertama Malaysia itu memiliki jarak pemanduan WLTP sehingga 325 kilometer (km), menjadikannya sesuai untuk perjalanan dan urusan seharian, selain percutian hujung minggu.
Dikuasakan oleh motor 85 kilowatt di bahagian belakang yang menghasilkan tork 150Nm, Proton e.MAS 5 mampu memecut dengan lancar daripada kedudukan pegun kepada kelajuan 50 km sejam dalam hanya 3.9 saat.
Aspek keselamatan menjadi keutamaan dengan 12 fungsi bantuan pemanduan termasuk Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: