
PETALING JAYA – Proton mencatatkan prestasi jualan separuh tahun pertama terbaiknya dalam tempoh 15 tahun selepas berjaya melepasi angka 100,000 unit bagi enam bulan pertama tahun 2026.
Sebanyak 16,052 unit kenderaan telah diserahkan Proton kepada pelanggan pada Jun lalu, menjadikan jumlah jualan keseluruhan Kumpulan bagi tempoh Januari hingga Jun meningkat kepada 100,346 unit, iaitu pertumbuhan 39.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pencapaian itu merupakan prestasi jualan separuh pertama terbaiknya sejak tahun 2011, meletakkan syarikat di landasan tepat untuk mencapai sasaran 200,000 unit jualan tahun ini.
Menurut Proton, model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) terus menjadi tunjang pertumbuhannya apabila beberapa model berjaya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam segmen masing-masing.
Proton Saga kekal sebagai model paling laris syarikat apabila mencatat 7,000 unit jualan pada Jun, sekali gus meningkatkan jumlah jualannya tahun ini kepada 44,375 unit,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: