Site icon Kool FM

Proton rekod jualan tertinggi 2021


PETALING JAYA – Jenama automotif nasional, Proton menga­khiri 2021 dengan rekod jualan tertinggi sejak 2014 setelah 114,708 unit kenderaannya terjual di pasaran domestik dan eksport, pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus berbanding 2020.

Pertumbuhan jualan buat tahun ketiga berturut-turut itu meletakkan tahap pegangan pasaran Proton tahun lalu dianggarkan meningkat kepada 22.7 peratus, mengukuhkan kedudukan syarikat di tangga kedua.

Lebih mengujakan, prestasi itu dicatatkan ketika jumlah ke­seluruhan industri (TIV) tahun lalu dianggarkan merosot 4.6 peratus kepada 505,000 unit.

Proton turut merampas gela­ran jenama kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris di Malaysia selepas menjual 45,149 unit SUV pada 2021, mewakili 40 peratus daripada keseluruhan jualannya.

X50 muncul sebagai model SUV paling laris dengan jualan sebanyak 28,774 unit, manakala Saga kekal sebagai model terlaris Proton dengan jualan 42,627 unit, termasuk unit yang dihantar sebagai pek model pemasangan tempatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version