PETALING JAYA – Model terbaharu Proton S70 yang baru dilancarkan di kilang pengeluarannya di Tanjung Malim, Perak boleh ditempah mulai hari ini di semua cawangan di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM500.
Proton S70 merupakan model sedan baharu yang pertama di tambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016.
Ini adalah model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun 2023 dan sebelum pelancaran rasmi, pratinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Dr. Li Chunrong berkata, model Proton S70 adalah fasa baharu bagi syarikat kerana ia telah kembali ke segmen sedan keluarga.

Menurut beliau, model baharu ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan, dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi kopeling dua.
“Kami mempunyai harapan tinggi terhadap model…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
