PETALING JAYA – Proton X70, model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama keluaran Proton Holdings Berhad (Proton) selepas kerjasamanya dengan Geely menyambut ulang tahun keempatnya semalam.
Menurut informasi ringkas mengenai model tersebut, Proton X70 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah di Kuala Lumpur adalah sebuah ‘kereta bercakap’ pertama yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta tempatan itu.
Melalui arahan suara pintar yang mana pengguna hanya perlu menyebut frasa ‘Hai, Proton’, sistem itu akan mengawal ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara, navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.

“Sehingga akhir November 2022, sebanyak 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak ia dilancarkan, menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut,” katanya.
Selain itu, model tersebut juga telah dikeluarkan daripada kilang baharu Proton yang bernilai RM1.2 bilion di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
