Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PSM Akui Tak Cukup Masa Baiki Padang SNBJ Selepas Konsert Coldplay

today7 December 2023

Background
Padang SNBJ


Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerima kritikan hebat daripada peminat bola sepak tempatan apabila gagal memastikan keadaan padang berada di tahap terbaik menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 esok.

Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, mereka turut memohon maaf kepada Malaysia Football League (MFL) selaku penganjur Piala Malaysia 2023 dan semua peminat bola sepak  negara terutamanya penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

Artikel Berkaitan:

Malah, PSM juga mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memperbaiki padang tersebut selepas berakhirnya konsert Coldplay.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki atau mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu,.

“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata kenyataan rasmi SPM.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Solari enggan dabik dada

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) enggan mendabik dada menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.

today7 December 2023