Site icon Kool FM

PSSC perlu berunding dengan peniaga runcit


PETALING JAYA – Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) menggesa 13 ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) mengambil inisiatif untuk berunding dengan peniaga runcit mengenai langkah yang dicadangkan dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Presidennya, Hong Chee Meng berkata, PSSC perlu membuat rundingan dengan semua pihak dalam perniagaan runcit sebelum membuat keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada perniagaan sekali gus akan mengubah cara sektor runcit beroperasi.

“Belum ada sebarang perbincangan dengan perniagaan runcit  dan kami tidak tahu bagaimana ia akan dilaksanakan dan apakah keperluan untuk dipatuhi oleh sektor runcit. 

“Kami hanya membaca daripada berita bahawa Kementerian Kesihatan mahu menghentikan penjualan kepada individu yang lahir selepas 2007 dan mungkin terdapat sistem penjejakan digital yang akan diperkenalkan untuk menjejak dan memantau transaksi ke atas produk tembakau dan vape,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version