PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menandatangani perjanjian dengan Sany Marine Heavy Industry Co Ltd (Sany Marine) untuk pembelian empat kren dermaga Super Post Panamax (SPP) baharu.
Perolehan kren dermaga terbaharu ini akan meningkatkan lagi kapasiti operasi PTP, dengan menyokong rancangan strategik perniagaan melalui penambahan kesulurahan jumlah semasa jentera kren dermaga PTP yang kini sebanyak 58 unit.
Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pemilikan kren dermaga tercanggih ini adalah langkah penting dalam usaha PTP untuk terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggannya serta memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab pindah kontena utama dan pemain penting dalam industri maritim serantau.
“Kren-kren dermaga baharu ni akan meningkatkan dan mengukuhkan lagi kapasiti kendalian PTP dengan ketara, sekali gus membolehkan syarikat mengendalikan kapal-kapal kontena mega secara efisyen, kendalian kargo, dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
