Site icon Kool FM

PTP catat rekod pengendalian tertinggi


PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), syarikat usaha sama di antara Kumpulan MMC dan APM Terminals yang berpangkalan di Belanda mencatatkan rekod baharu operasi pelabuhan setelah mengendalikan 1,269,389 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena dalam tempoh sebulan pada Mei lalu.

Ia rentetan daripada rekod kendalian bulanan PTP sebelum ini, yang mana kejayaan pengendalian 1,183,759 TEU pada Mac, dan 1,215,751 TEU pada April 2025 menandakan tiga rekod kendalian bulanan tertinggi baharu secara berturut-turut.

Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pencapaian Mei lalu benar-benar luar biasa, melangkaui rekod kendalian April dengan penambahan lebih 53,000 TEU.

“Ini adalah satu lonjakan yang signifikan. Dengan momentum positif ini, kami menjangkakan persekitaran operasi PTP akan kekal kukuh sepanjang tahun ini, meskipun berdepan dengan persekitaran global yang penuh cabaran,” katanya dalam kenya­taan semalam.

Tambah beliau, selain kemampuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version