PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) mencatat satu lagi pencapaian cemerlang apabila mengendalikan kontena sejumlah 1,115,181 unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu bulan sahaja tanpa mengalami sebarang kesesakan.
Rekod baharu ini mengikuti rekod tinggi PTP sebelumnya sebanyak 1,077,747 TEU yang dicapai pada bulan Mei tahun yang sama.
Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, rekod ini bukan sahaja menjadikan PTP sebagai pelabuhan pertama di Malaysia yang mencapai kejayan ini secara berturut-turut, tetapi juga mengukuhkan kedudukan PTP sebagai salah satu hab maritim dan transshipment terkemuka, baik di peringkat serantau mahupun global.
“Kemampuan kami untuk mencapai prestasi pecah rekod ini tanpa kesesakan pelabuhan ini, telah memperkukuhkan status PTP sebagai penghubung yang unik dan bernilai dalam rantaian bekalan global,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berbangga dengan pencapaian tersebut kerana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
