Site icon Kool FM

PTPTN Prihatin bantu asnaf berniaga


PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 telah mengubah corak kehidupan masyarakat dan aktiviti pembelian atas talian melalui e-dagang kini menjadi pilihan untuk mendapatkan bekalan barangan dan perkhidmatan.

Memanfaatkan perkembangan tersebut, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjalin kerjasama dengan FGV Agro Fresh Technology Sdn. Bhd. melalui program PTPTN Prihatin untuk membantu peminjam dari golongan asnaf melibatkan diri dalam perniagaan maya.

PTPTN dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, menerusi platform e-dagang Gogopasar yang dikendalikan FGV Agro Fresh Technology, golongan asnaf akan dibimbing untuk menjadi usahawan, atau Gogoprenuer dengan menjual barangan secara online di kawasan Lembah Klang.

“Kami memberikan sumbangan wakalah zakat sebanyak RM100,000 kepada 20 peminjam PTPTN dalam kategori asnaf sebagai modal permulaan, yang mana peserta akan menerima sumbangan bernilai RM5,000 merangkumi penyejuk khas dua pintu, latihan termasuk enam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version