KUALA LUMPUR– Public Bank Berhad (Public Bank) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Estet Mendiang Tan Sri Teh Hong Piow (Estet) dan Consolidated Teh Holdings Sdn. Bhd. (ConTeh) untuk mengambil alih kira-kira 44.15 peratus kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Berhad (LPI), dengan pertimbangan tunai RM1.72 bilion.
Jumlah tersebut berasaskan harga RM9.80 sesaham, diskaun lebih 24 peratus berbanding harga penutupan pasaran terkini LPI pada RM13.
LPI merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan terlibat terutamanya dalam taja jamin insurans am.
Ia kini mempunyai 21 cawangan di seluruh negara, satu di Singapura dan turut beroperasi di Kemboja melalui syarikat bersekutu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, cadangan pengambilalihan itu merupakan peluang strategik bagi pihaknya untuk mengembangkan segmen insurans amnya di pasaran tempatan.
“Ini juga selari dengan rancangan Kumpulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
