Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pukul ‘Side Mirror’ Sebab Tak Puas Hati Tukar Lorong, Motosikal Dirempuh Tesla

today13 May 2024

Background
Gara-Gara Tak Puas Hati Tukar Lorong, Motosikal Dirempuh Tesla


Gara-gara tidak puas hati sebuah Tesla menukar lorong, seorang penunggang motosikal terjatuh dirempuh pemandu kereta berkenaan.

Menerusi video dimuat naik X.com @dellidrus, sebuah Tesla berwarna merah menukar lorong dari tengah ke kiri.

Baca Juga:

Ketika menukar lorong itu, kebetulan sebuah motosikal datang dari arah belakang masuk lorong yang sama.

Berang dengan tindakan kereta EV itu, penunggang motosikal dirakam memukul side mirror kereta berkenaan.

Sebagai tindak balas terhadap tindakan penunggang motosikal itu, pemandu Tesla tersebut merempuh penunggang motosikal ke penghadang tepi jalan sehingga jatuh ke atas jalan raya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata menyalahkan pemandu Tesla kerana tindakan itu mengundang kecederaan terhadap penunggang motosikal.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post