Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pulau Kucing Yang Bakal Sunyi Selamanya

today12 August 2025

Background


Sebuah pulau dipenuhi kucing yang dikenali sebagai Aoshima sudah menjadi salah satu bucketlist destinasi yang wajib dilawati oleh pecinta bulus yang datang melawat ke negara Jepun.

Sebagai makluman ringkas “Pulau Kucing” di Jepun, ialah sebuah pulau kecil yang terletak di luar pantai Wilayah Ehime. Ia menjadi terkenal di seluruh dunia kerana populasi kucingnya yang sangat banyak, melebihi bilangan penduduk manusianya.

Pulau ini pada asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang makmur. Namun, seiring berjalannya waktu, populasi penduduknya semakin berkurang.

Pada masa yang sama, bilangan kucing di pulau itu terus bertambah, menjadikan ia tumpuan utama pelancong dan peminat kucing dari seluruh dunia.

Bagaimanapun, Pulau Aoshima, bakal mengakhiri era kucingnya dengan penuh rasa sedih dan hiba. Semua kucing yang tinggal di pulau itu dijangka akan pupus dalam tempoh beberapa tahun lagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post