Kalau anda jenis suka impian besar sebagai contoh nak ada pulau sendiri, ini mungkin peluang yang anda tunggu-tunggu selama ini.
Baru-baru ini tular satu video di TikTok yang dimuatnaik Azreen Ali berkenaan terdapat sebuah pulau persendirian di Pulau Langkawi yang sedang dijual dengan harga RM8 juta. Tapi yang paling menarik, ‘boleh nego harga bro!’.
Baca Juga:
Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Jemuruk, terletak di kawasan Ayer Hangat, Langkawi. Saiznya pun bukan main-main kerana ia berkeluasan lebih kurang 1.7 hektar dan berstatus pegangan bebas Rizab Melayu.
Menurut sumber laporan The Halal Explorer, pulau ini terletak di muara Sungai Kubang Badak, dan menyimpan khazanah geologi berusia lebih 500 juta tahun.
Dengan status tanah Rizab Melayu dan pegangan bebas, ia memberikan fleksibiliti kepada pelabur tempatan untuk merancang pembangunan yang sesuai dengan keperluan pasaran pelancongan di Langkawi.
@azreen_ali Pulau Persendirian Untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
