Di Shamrock Beach, Batu Ferringhi, Pulau Pinang, terdapat sebuah kediaman mewah yang diberikan nama Vila Boon Siew.
Ia merupakan rumah milik mendiang Tan Sri Loh Boon Siew, individu penting yang membawa jenama Honda masuk ke Malaysia.
Baru-baru ini vila itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan kondominium mewah, lapor New Straits Times.
Pagar penghadang telah didirikan di sekitar tapak tersebut dan kru pembinaan telah mula masuk untuk memulakan projek pembinaan kondominium 43 tingkat Ascott Residences Batu Ferringhi.
Ramai bersedih Vila Boon Siew dirobohkan

Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh penduduk yang tinggal berhampiran vila tersebut tetapi juga oleh para pencinta warisan sejarah negeri itu.
Mereka berkata vila tersebut, yang menawarkan pemandangan indah menghadap pesisir pantai Tanjung Bungah, bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi juga sebuah monumen bersejarah yang memperingati…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: