Anda tidak boleh mengelak daripada membayar parkir kereta anda kerana sistem penguatkuasaan bagi mengesan pelanggaran peraturan parkir dapat dilakukan secara cepat, tepat dan automatik.
Menurut laporan Free Malaysia Today, jika anda belum melakukannya, denda akan dikeluarkan serta-merta dan dihantar terus ke aplikasi Penang Smart Parking anda.
Ini merupakan satu-satunya cara untuk membayar tempat letak kereta di lot yang diuruskan oleh majlis.
Difahamkan, sistem ini sudah mula berkuat kuasa pada Khamis lepas, 24 April.
Menurut video Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kenderaan yang dilengkapi ANPR bergerak di sekitar kawasan parkir untuk mengesan nombor plat kenderaan.
Nombor yang ditangkap dipaparkan pada skrin, dan sistem akan menyemak status pembayaran tempat letak kereta semasa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: