Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pulih 2.0 ringankan beban kewangan pelanggan CBP

today22 July 2024

Background


PETALING JAYA – Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) meneruskan Kempen Pemulihan Kewangan Pelanggan (Pulih) yang diperkenalkan tahun lalu, dengan menyasarkan pelanggannya yang berdepan masalah pengurangan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan asal.

Pulih 2.0 yang bermula 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2024, memfokuskan kepada pelanggan pembiayaan peribadi CBP dan membolehkan mereka membayar hanya separuh (50 peratus) daripada ansuran asal pembiayaan mereka selama tiga tahun (36 bulan) sekiranya permohonan diluluskan.

Antara kriteria pelanggan yang layak memohon adalah bukan seorang yang muflis/bankrap, tidak berkemampuan untuk mengurus hutang, pendapatan terjejas, mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif (bekerja/berhenti kerja dan mempunyai baki bersih positif) serta tidak memperolehi award tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)/penghakiman saman sivil.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

‘Kita memang nak menang pingat emas’ – Hamidin

Kuala Lumpur: Ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi nasihat agar pemain badmiton negara memberi fokus sepenuhnya dalam saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai laluan di peringkat kalah mati.

today22 July 2024