Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan pelbagai hukuman termasuk penjara selama 22 tahun ke atas warganegara Palestin dan Jordan yang tinggal di negara tersebut. Mereka didakwa atas tuduhan menyokong Hamas dan kumpulan penentang Palestin yang lain. Dilaporkan oleh Middle East Monitor, Arab Saudi telah mengumpulkan kesemua warganegara Palestin dan Jordan di Riyadh untuk dijatuhkan hukuman.
Salah seorang rakyat Palestin yang dijatuhkan hukuman penjara adalah Mohammed al-Khodari, wakil Hamas ke Riyadh. Menurut sumber di Arab Saudi, dia dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara. Menurut sumber keluarga, anak al-Khodari pula, Hani dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara.
Anggota Biro Politik Hamas di Gaza Mahmoud al-Zahar mengatakan keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman terhadap para penyokong mereka adalah sesuatu yang “tidak dijangka”. Bagi beliau, keputusan yang diambil mahkamah Arab Saudi itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: