PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada rakan usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa sebanyak 20 peratus kepada 70 peratus bagi penyewa premis perniagaan PUNB bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, penambahbaikan tersebut dibuat ke atas pelaksanaan
moratorium sebelum ini yang hanya melibatkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis perniagaan.
Menurut beliau, langkah proaktif tersebut bertujuan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membantu usahawan yang kini dalam proses pemulihan perniagaan ketika negara sedang bersedia memasuki fasa endemik.
Jelasnya, pemberian moratorium dan penambahan diskaun sewa tersebut adalah untuk memberi kelegaan daripada aspek aliran tunai segera kepada usahawan yang mungkin menghadapi kekangan kewangan sementara akibat pandemik.

“Secara automatik,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
