
Pempengaruh media sosial Indonesia, Lula Lahfah ditemui meninggal dunia di kediamannya pada Jumaat.
Meninggal dunia di rumah


Memetik laporan CNN Indonesia, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pengawal keselamatan Apartmen Essence Dharmawangsa, Jakarta Selatan sekitar jam 6.44 petang.
Difahamkan juga, ketika ditemui tubuh Lula berada dalam keadaan mulai membiru serta kaku. Namun begitu, punca kematian mangsa masih belum dikenal pasti.
Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dan sedang bekerjasama dengan ahli keluarga untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, Lula Lahfah, 26, dilaporkan pernah menerima rawatan di hospital akibat masalah kesihatan namun tidak mendedahkan tentang penyakitnya kepada umum.
Malah, dia sempat berkongsi rasa terkilan kerana perlu menyambut tahun baharu di hospital, selain mengakui berdepan dengan masalah kesihatan sejak kebelakangan ini.
Setakat ini, pihak berkuasa sedag menunggu keputusan bedah siasat serta melengkapkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: