Site icon Kool FM

Purata harga rumah cecah RM582,887


PETALING JAYA – Purata harga jualan kediaman baharu di negara ini meningkat untuk mencecah RM582,887 pada suku pertama tahun 2024, manakala purata harga rumah terpakai (subsale) adalah RM521,614, menurut Laporan Pasaran Jualan Kediaman oleh Juwai IQI.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari berkata, paras tersebut sedikit lebih tinggi berbanding purata harga kediaman yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) untuk 2023 pada RM467,144 seunit.

Jelasnya, Kuala Lumpur terus menawarkan harga jualan kediaman tertinggi dengan purata RM801,557 untuk rumah baharu, dan RM708,462 untuk rumah terpakai.

“Selepas Kuala Lumpur, tiga negeri dengan harga rumah baharu tertinggi ialah Johor, Sabah dan Sarawak. Sementara tiga negeri dengan harga jualan rumah terpakai paling mahal ialah Sarawak, Sabah dan Johor.

“Melaka merupakan negeri yang memberikan harga purata jualan rumah baharu paling rendah pada RM305,463, manakala negeri dengan purata harga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version