PETALING JAYA – Sunway Velocity telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk memberikan keselesaan beli-belah bagi individu yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah pusat beli-belah mesra autisme.
Pengurus Besar Kanan Pusat Sunway Velocity, Phang Sau Lian berkata, bagi memenuhi keperluan tersebut, pihaknya telah memperkenal dinding deria dan ruang tenang di premis tersebut berfungsi sebagai ruang sementara untuk individu autisme mencari ketenangan atau mendapatkan perlindungan.
Menurut beliau, meskipun bilik tenang itu terletak jauh dari kawasan umum tetapi ia mudah diakses oleh kumpulan sasarannya.
“Dinding deria mampan itu adalah inisiatif rakan kongsi pusat beli-belah ini iaitu 3.8 Art & Creative.

“Ia menggunakan sisa fabrik, plastik terbuang, dulang pulpa kertas, dahan dan bahan kitar semula lain untuk mencipta semula seni terkenal Van Gogh menjadi karya deria untuk membolehkan individu autisme menyentuh, merasa dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: