Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

PUSAT DARAH NEGARA RAYU ORANG RAMAI MENDERMA DARAH

today11 February 2025

Background

Pusat Darah Negara (PDN) merayu orang ramai tampil menderma darah susulan bekalan darah di hospital seluruh negara pada tahap membimbangkan berikutan permintaan tinggi. Semua jenis kumpulan darah, termasuk yang jarang ditemui seperti RhD negatif, amat diperlukan ketika ini bagi memenuhi keperluan pesakit serta persiapan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

Penggunaan darah yang tinggi disebabkan ada golongan pesakit yang perlu menerima darah secara berkala, termasuk pesakit kanser serta talasemia.

Orang ramai boleh hadir sebagai penderma di pusat tabung darah yang membabitkan 98 pusat kutipan, selain pusat statik di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang serta Johor Bahru, Johor.

Info lanjut layari www.pdn.gov.my

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post