KUALA LUMPUR – OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) melancarkan OCBC Premier Private Client Centre atau Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar yang menawarkan perkhidmatan khusus kepada individu bernilai bersih tinggi dengan aset di bawah pengurusan sekurang-kurangnya RM3 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OCBC Bank, Tan Chor Sen berkata, strategi tiga penjuru yang dinamik ini bakal merintis jalan bagi mewujudkan pengalaman bukan sekadar perbankan yang ditawarkan oleh pusat itu.
Katanya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen bank itu untuk menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong OCBC sepanjang 93 tahun bertapak di negara ini.
“Kemudahan khusus ini menawarkan penyelesaian kewangan terbaik dalam kelasnya dan mewujudkan persekitaran yang penuh inspirasi dengan reka bentuk berilhamkan alam semula jadi, sambil mencipta pengalaman tersesuai yang pasti disambut baik para pelanggan.
“Kami beroperasi berlandaskan rangka kerja satu kumpulan OCBC…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
