PETALING JAYA – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway menghargai lebih daripada 2,000 jururawat yang telah berdedikasi dan menyumbangkan sepenuh jiwa dan raga mereka kepada keperluan kesihatan setiap individu dan komuniti.
Ketua Pegawai Eksekutif pusat perubatan tersebut, Dr. Seow Vei Ken berkata, sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei lalu bertemakan, Jururawat Kami. Masa Depan Semua (Our Nurses. Our Future) pada tahun ini bertujuan untuk menangani cabaran kesihatan global serta meningkatkan taraf kesihatan bagi setiap individu.
Menurut beliau, jururawat perlu dilindungi, dihormati serta dihargai kerana mereka adalah masa hadapan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
“Sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, kami berusaha untuk menyediakan standard penjagaan kesihatan terbaik dan kejayaan tersebut merupakan hasil usaha daripada jururawat yang terlatih dan penuh semangat.
“Dengan kepakaran klinikal profesional serta pengalaman meluas, kami pasti akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: