Site icon Kool FM

Pusat R&D industri emas pertama negara di Gebeng


KUANTAN – Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri emas pertama negara yang sedang giat dibangunkan di Gebeng dekat sini dijangka beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presiden SIRIM Berhad, Datuk Ahmad Sabirin Arshad berkata, pusat R&D dan akademi kecemerlangan menerusi kerjasama strategik SIRIM dan Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.

“Pusat terbabit akan menumpukan kepada R&D berkaitan kesenian, reka bentuk dan kaedah pemasaran produk berasaskan emas.

“Kerjasama strategik ini turut menumpukan usaha membantu usahawan baharu dalam bidang perniagaan emas untuk berkembang hingga ke peringkat global,”katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Ko-Makmur, Datuk Hishamuddin Abdullah di pejabat SIRIM Pahang, di sini semalam.

Ahmad Sabirin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM berkata, perniagaan berasaskan emas berpotensi besar dan SIRIM sedia membantu serta membimbing Ko-Makmur untuk meneroka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version