
Fasa pertama kempen sensasi Tonton Non Stop, On Top! secara rasmi melabuhkan tirainya kelmarin dengan pengumuman seramai 223 pemenang bertuah.
Namun identiti pemenang hadiah utama yang bakal membawa pulang sebuah kenderaan elektrik (EV) Wuling Bingo EV masih lagi menjadi ‘misteri’.
Menurut kenyataan media Tonton, peserta yang berjaya menduduki takhta teratas dengan kutipan 64,561 mata itu hanya akan didedahkan secara rasmi pada majlis penyampaian hadiah yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.
Selain hadiah utama, Tonton turut mengumumkan pemenang bagi kategori naib johan, saguhati, dan saguhati khas secara serentak. Antara ganjaran lumayan yang dibawa pulang termasuklah:
– 17 unit telefon pintar Oppo
– Lebih 200 keping baucar tunai
Peserta boleh menyemak senarai penuh pemenang menerusi pautan hantaran rasmi di akaun Instagram Tonton.
Pusingan 2 Bermula: Semua Mata Dikembalikan ke Sifar

Bagi yang terlepas peluang, pemburuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: