Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Puteri Kecil Kami Menanti Di Syurga’

today5 November 2025

Background
Isteri Shah Iskandar Terpaksa Gugurkan Kandungan, Bayi Dalam Perut Hidap Sindrom Edwards – ‘Puteri Kecil Kami Menanti Di Syurga’


Pelakon, Shah Iskandar berkongsi berita sedih apabila memaklumkan bayi dalam kandungan isterinya, Siti Sarah yang berusia 16 minggu disahkan menghidap Sindrom Edwards.

Artikel Berkaitan: Layak Mohon Status Penduduk Tetap Tahun Depan, Shah Iskandar Nafi Guna ‘Cable’ Untuk Permudahkan Urusan

Gugur anak dalam kandungan

Menerusi perkongsian di Instagram, Shah, 43, menjelaskan doktor menasihatinya dan isteri untuk menggugurkan kandungan berikutan risiko tinggi terhadap ibu dan bayi.

Mungkin ada yang tahu atau tidak, isteri saya kini mengandung anak ketiga kami dan kandungan sudah berusia 16 minggu.

Namun, bayi kami disahkan menghidap Sindrom Edwards atau trisomi 18, dalam istilah mudah, bayi mempunyai kromosom berlebihan. Lapisan di belakang leher bayi juga dikesan menebal sehingga 4.8 sentimeter.

Menurut Shah, doktor turut memaklumkan sekiranya menunggu lebih lama boleh membahayakan nyawa isterinya, lebih-lebih lagi wanita itu baru sahaja menjalani pembedahan caesarean lapan bulan lalu.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post