Site icon Kool FM

Puteri Sarah Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia

Puteri Sarah Liyana Kongsi Rezeki Dengan Pemandu Ojek Indonesia – ‘Nanti Dimakan Ya’


Pelakon, Puteri Sarah Liyana menghulurkan bantuan kepada pemandu ojek Indonesia yang ketika ini sedang berdepan dengan suasana tidak menentu ekoran gelombang protes besar-besaran yang berlaku di sana.

Artikel Berkaitan: ‘Doakan Saya Pulak’ – Puteri Sarah Liyana

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiri Majlis Pengebumian Affan Kurniawan, Pemandu Gojek Maut Digilis Trak Barracuda

Puteri Sarah hulur bantuan

Menerusi Threads, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik foto dirinya yang memesan enam pek soto bernilai Rp192,000 (RM50) melalui aplikasi e-hailing makanan.

Dapat dilihat, pelakon filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ itu tidak meletakkan alamat penghantaran yang tepat sebaliknya, hanya memilih lokasi rawak.

Sarah yang turut memuat naik tangkap layan hantaran mesej menjelaskan bahawa dirinya hanya mahu berkongsi rezeki kepada penghantar makanan yang menerima tempahan tersebut.

Saya dari Malaysia, itu sedekah buat kamu dan rakan-rakan.

Nanti dimakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version