Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Puteri Sarah Sujud Syukur Menang Kes Saman Fitnah

today14 June 2025

Background
Puteri Sarah Menangis Menang Saman Fitnah, Momen Peluk Syaikhul Undang Sebak


Pelakon, Puteri Sarah gagal menahan air mata apabila menerima berita dirinya telah menang kes saman fitnah membabitkan bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.

Artikel Berkaitan: Didakwa Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Beri Respon – ‘Dah Move On Lah!’

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Perkenalkan ‘Bodyguard’ Yang Jaga Keselamatan Anak-Anak – ‘Zaman Sekarang Apa-Apa Boleh Berlaku’

Menangis sebak

Sarah atau nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menerima khabar gembira itu ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok, pada Jumaat.

Sedang sibuk mempromosikan tudung, Sarah menerima kiriman mesej daripada seseorang yang memaklumkan dia telah menang kes tersebut.

Aktres itu kemudian meluahkan rasa syukur dan melompat kegembiraan. Malah, dia juga gagal menahan sebak sehingga menangis.

Ya Allah menang, alhamdulillah. Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Saya menang kes saman fitnah. Ya Allah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post