
Data terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kos sara hidup isi rumah di peringkat nasional terus meningkat.
Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) dilaporkan melonjak kepada 105.1 mata pada tahun 2024, berbanding 103.1 mata pada tahun sebelumnya.
Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kos sara hidup tertinggi dengan 106.3 mata, diikuti Kuala Lumpur (106.1 mata) dan Selangor (105.4 mata).
Sebaliknya, Kelantan dan Kedah kekal sebagai negeri dengan kos sara hidup terendah, petik Berita Harian.
Kadar Belanja Melebihi Pertumbuhan Pendapatan
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, menjelaskan bahawa berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES 2024), pertumbuhan perbelanjaan purata rakyat (3.9% setahun) sedikit mengatasi kadar pertumbuhan pendapatan purata (3.8% setahun).
Trend kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas ini memberikan tekanan langsung kepada golongan berpendapatan rendah, termasuk fenomena…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
