Tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar membuat kejutan apabila mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan di ranking 178 dunia, Kemboja pada 31 Disember ini.
Artikel Berkaitan:
Menurut kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Kemboja, perlawanan tersebut adalah jemputan daripada Persatuan Bola Sepak Qatar untuk menguatkan hubungan kerjasama.
Qatar yang juga tuan rumah Piala Dunia 2022 menjadikan perlawanan tersebut sebagai pemanas badan sebelum aksi pembukaan Piala Asia 2023 menentang Lubnan di Stadium Lusail pada 12 Januari 2024.
Difahamkan perlawanan ini berlangsung di luar kalendar FIFA dan sebarang keputusan tidak akan memberi kesan pada jumlah mata ranking FIFA.
Kemboja tidak layak secara merit ke Piala Asia 2023 dan mereka juga turut tersingkir daripada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 selepas tewas 0-1 kepada Pakistan.
Aksi menentang Qatar merupakan perlawanan berkualiti pertama Kemboja yang kini dalam proses ‘reset’ dalam persiapan menghadapi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
