Site icon Kool FM

Qayra Beauty sasar jualan RM25 juta tahun ini


KOTA BHARU – Qayra Beauty pengeluar produk penjagaan ke­sihatan dan pelangsingan badan, mengunjurkan jualan mencecah kepada RM25 juta pada tahun ini berbanding RM17 juta tahun sebelumnya.

Pengasas syarikat, Noor Faqirah Abdullah berkata, pe­ningkatan nilai tersebut bakal disumbangkan oleh pertambahan jumlah ejennya kepada 20,000 orang berbanding 6,000 ejen pada masa sekarang yang komi­ted membantu memasarkan produk di seluruh negara secara online dan juga offline.

Menurutnya, untuk meluaskan lagi penguasaan pasaran, syarikat bercadang untuk me­nembusi negara jiran seperti di Thailand, Indonesia dan juga Si­ngapura tidak lama lagi.

“Kami juga mahu memiliki bangunan sendiri di Wakaf Che Yeh bagi mengukuhkan lagi jenama dan daya saing syarikat untuk jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada pengedarnya di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Sehingga kini, Qayra Beauty memiliki enam produk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version