PETALING JAYA – Qew Group Berhad (QCB) yang merupakan syarikat pelaburan terkemuka Malaysia, telah melabur sebanyak RM3.7 bilion dalam pembangunan Taman Industri Digital Asian Halal Hab di Sungai Petani, Kedah.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Muhamad Iqbal berkata, pihaknya melihat projek pembangunan itu bakal menjadi platform terbaharu untuk menarik pelabur daripada luar ke dalam negara khususnya di kawasan Utara untuk menjayakan pelaksanaan pembangunan tersebut menjadi sebuah hab halal yang bertaraf dunia.
“Inisiatif ini menunjukkan komitmen kami sebagai sebuah syarikat pelaburan yang inovatif dan berpotensi.
“Kami juga bersedia untuk pertumbuhan jangka panjang yang signifikan dalam tiga bidang perniagaan utama iaitu perundingan dan perkhidmatan nasihat, telekomunikasi dan pembangunan hartanah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar sebelum Majlis Gala Amal T20 di sini baru-baru ini.
Muhamad Iqbal menjelaskan, di bawah cabang strategik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
